Floating Button




LAGU





black snow

BACKGROUND

AYAT2 CINTA

Wednesday 27 November 2013

Doa selepas solat

Ini lah doa yang ain amalkan selepas solat fardhu/sunat
Doa ni SANGAT LENGKAP  dan sangat mudah untuk kita hafal
 
If x pandai nk baca jawi boleh juga baca maksudia kat bawah ni ain ada letak juga.
 
 
TIPS UNTUK HAFAL:
print dan tampal doa ni dalam bilik atau ruangan solat anda. bila sudah solat boleh baca. baca sekali memang x boleh nk hafal teruskan. kenalah baca selalu.. in shaa Allah dipermudahkan.
Amin.. ^___^") <3
 
 

 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. segala puji pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, sebagai pujian yang menyamai segala nikmat Nya dan mengatasi keutamaan Nya. Wahai Tuhan, bagi engkau puji-pujiansebagaimana yang sepatutnya dengan kemuliaan zat Engkau dan kebesaran kekuasaan Engkau.

Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Mu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang ummiy dan juga keatas keluarga Baginda dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhan Kami, kami memohon kepada Mu keselamatan dalam beragama, kesihatan jasmani, pertambahan ilmu pengetahuan, keberkatan pada rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika menghadapi kematian dan memperolehi keampunan setelah mati.

Ya Allah, permudahkanlah kami ketika menghadapi sakaratul maut dan lepaskanlah kami dari siksaan api neraka. Ya Allah, permudahkanlah kami untuk memperolehi keampunan Mu ketika di hisab di hadapan Mu nanti.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Rahmatilah mereka Ya Allah sebagaimana ketika mereka memelihara kami semasa kecil. Ampunkan juga Ya Allah semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia... Dengan rahmat Mu jua Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati2-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk Mu. Ya Allah anugerahkanlah kepada kami rahmat Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengurnia.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari siksaan api neraka. Maha Suci Tuhan kami, Tuhan yang suci dari segala yang dibayangkan oleh makhluk. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraanya ke atas sekalian para rasul. Dan segala puji hanya layak untuk Mu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

 



Monday 25 November 2013

TAFSIR Al-Quran : Ku Mula Mendalaminya <3
 
 
 
AL-FATIHAH (SURAH 1: 7 AYAT)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.)

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
([All] praise is [due] to Allah , of the worlds.)
...
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
3.Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(The Entirely Merciful, the Especially Merciful.)

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4. Yang menguasai di Hari Pembalasan
(Sovereign of the Day of Recompense.)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
(It is You we worship and You we ask for help.)

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(Guide us to the straight path)

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.)